Menentukur Haba Pendam Tentu Pelakuran Ais


  1. Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk menentukan haba pendam tentu pelakuran ais. 
  2. Sedikit ais yang bersuhu 0 °C dipanaskan oleh satu pemanas selama beberapa minit.
  3. Ais itu akan melebur menjadi air.
  4. Apabila kadar peleburan ais menjadi stabil (diperhatikan daripada penitisan  air), jam randik dihidupkan.
  5. Air yang terhasil dikumpulkan dalam bikar yang terletak di bawah corong turas.
  6. Eksperimen dihentikan selepas 10 minit. 
  7. Jisim air yang terkumpul dalam bikar (m) adalah sama dengan jisim ais yang melebur.
  8. Jika kuasa pemanas ialah P dan masa yang diambil untuk memanaskan ais ialah t (bacaan jam randik), maka tenaga haba yang dibekalkan oleh pemanas dapat dihitungkan dengan menggunakan persamaan E = Pt.
  9. Oleh itu, haba pendam pelakuran ais
    L= Pt m

Langkah Berjaga-jaga:

  1. Elemen pemanas mesti dimasukkan sepenuhnya ke dalam ais supaya semua  tenaga haba yang dihasilkan diserap oleh ais.
  2. Satu set kawalan diperlukan untuk menganggarkan jisim ais yang dileburkan oleh haba dari persekitaran.

Nota:

  1. Tenaga haba yang diserap oleh ais adalah kurang daripada nilai yang dijangka (Pt) kerana sebahagian haba yang dihasilkan oleh pemanas akan hilang ke persekitaran. Ini menyebabkan nilai haba pendam tentu pelakuran yang diperolehi lebih tinggi daripada nilai yang dijangkakan.
  2. Jika terdapat bendasing hadir di dalam ais, takat lebur ais adalah lebih rendah daripada 0°C.

Leave a Comment