Sejatan

Kadar Sejatan

  1. Penyejatan ialah proses perubahan cecair kepada wap yang berlaku di permukaan cecair pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih cecair itu.
  2. Terdapat beberapa kaedah untuk meningkatkan kadar sejatan suatu cecair, iaitu
    1. meningkatkan suhu
    2. meningkatkan luas permukaan terdedah
    3. meniup udara di permukaan cecair itu atau meniup udara kie dalam cecair
    4. menyembur cecair itu supaya ia menjadi titisan halus
      Apabila cecair disembur, ia membentuk ribuan titisan kecil yang mempunyai jumlah luas permukaan yang besar. Cecair yang mempunyai luas permukaan terdedah yang tinggi mempunyai kadar sejatan yang tinggi. 

Penyejukan Melalui Sejatan

  1. Penyejatan menghasilkan kesan penyejukan.
  2. Rajah di belah kanan menunjukkan kesan penyejukan dihasilkan oleh proses penyejatan eter. Air terbentuk di permukaan luar tabung uji selepas udara ditiup ke dalam eter.
  3. Apabila udara ditiupkan melalui eter dalam suatu bikar, penyejatan eter berlaku dengan cepat.
  4. Molekul-molekul eter yang tertinggal mempunyai tenaga yang lebih rendah dan suhu eter menurun ke 0°C.
  5. Tenaga air di luar bikar diserap oleh eter dan ais terbentuk.

Aplikasi Penyejukan Melalui Sejatan

Peti Sejuk

  1. Peti sejuk menggunakan prinsip penyejukan yang dihasilkan oleh penyejatan cecair penyejuk.
  2. Cecair penyejuk yang digunakan ialah freon.
  3. Cecair freon dipamkan melalui suatu injap dalam peti ais, cecair freon kemudiannya menyejat menjadi wap dengan kadar yang tinggi. Proses ini menyebabkan tenaga haba diserap dari sekeliling peti ais.
  4. Wap freon panas dialirkan ke bawah dan dimampatkan semula menjadi cecair oleh pam. Tenaga haba cecair freon dihilangkan melalui tiub-tiub logam dalam sirip penyejuk di belakang peti sejuk. .
  5. Cecair freon yang sejuk dialirkan semula ke dalam peti ais dan proses penyejukan diulangi.

Leave a Comment