Superkonduktor

  1. Superkonduktor ialah bahan di mana rintangannya jatuh ke hampir sifar di bawah takat suhu yang tertentu. 
  2. Heike Kamerlingh Onnes ialah orang pertama untuk menemui bahawa rintangan merkuri jatuh secara mendadak ke satu nilai yang rendah apabila disejukkan ke 4.2 K. 
  3. Rintangan suatu superkonduktor pada suhu gentingnya ialah sekurang-kurangnya 1012 kali lebih rendah daripada rintangannya pada suhu bilik. 
  4. Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh bertukar menjadi superkonduktor. 
  5. Setiap daripadanya mempunyai suhu genting masing-masing. 
  6. Superkonduktor “bersuhu tinggi” telah ditemui tetapi suhu gentingnya masih sekitar 123 K. 
  7. Superkonduktor adalah sangat berguna kerana boleh menghantar arus elektrik tanpa kehilangan tenaga.

Leave a Comment