Imbuhan

  1. Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili sesuatu nilai yang sangat besar atau sangat kecil.
  2. Jadual di bawah menunjukkan imbuhan yang anda perlu ketahui dalam silibus SPM.

Penukaran Imbuhan 

Imbuhan ke Unit SI

Contoh 1:
Diberi bahawa frekuensi suatu gelombang radio ialah 350M Hz. Berapah frekuensi gelombang radio itu dalam unit Hz?
Jawapan:

Mega (M) = 1,000,000 or 106

Maka,
350MHz = 350 x 106Hz

Contoh 2:
Diberi bahawa ketebalan sekeping filem ialah 25nm. Berapakah ketebalan filem itu dalam unit meter?
Jawapan:

nano (n) = 0.000000001 or 10-9

Maka
25nm = 25 x 10-9m

Unit SI ke Imbuhan

Contoh 3:
0.255 s adalah sama dengan berapa ms.
Jawapan:

mili (m) = 0.001 or 10-3

Untuk menulis sesuatu nombor bersama imbuhannya, kita membahagikan nombor itu dengan nilai imbuhan berkenaan

0.0255 s = 0.0255 ÷ 10-3 = 25.5 ms

Contoh 4:
Tukarkan 265,500,000 W kepada unit GW.

Jawapan:

Gega (G) = 1,000,000,000 or 109

Maka
265,500,000 W = 265,500,000 ÷ 109 = 0.2655GW

Pautan Luar

The NIST Reference on Prefixes

Leave a Comment