Latihan Formatif 5.1 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Rajah 5.20 menunjukkan graf sesaran melawan masa bagi suatu gelombang.


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan amplitud?

(b) Tentukan tempoh ayunan, T. Seterusnya, hitungkan frekuensi ayunan.


Jawapan:
(a) Amplitud adalah sesaran maksimum dari titik keseimbangan.

(b)

Daripada graf, tempoh ayunan, T = 0.4 s
$$ \text { Frekuensi, } \begin{aligned} f & =\frac{1}{T} \\ f & =\frac{1}{0.4} \\ & =2.5 \mathrm{~Hz} \end{aligned} $$

Soalan 2:
Banding dan bezakan antara gelombang progresif dengan gelombang pegun.

Jawapan:
–  Gelombang progresif adalah gelombang yang merambat dengan masa sepanjang arah perambatan gelombang.

– Gelombang pegun adalah gelombang yang tidak merambat dengan masa.


Soalan 3:
Rajah 5.21 menunjukkan spring slinki yang sedang digerakkan ke depan dan ke belakang di satu hujungnya.


(a) Apakah jenis gelombang yang terhasil pada spring slinki?

(b) Tandakan “X” pada bahagian renggangan gelombang dalam Rajah 5.21.

(c) Berapakah panjang gelombang, λ bagi gelombang tersebut?


Jawapan:
(a) Gelombang membujur

(b)



(c)
Panjang gelombang ialah jarak di antara dua titik sefasa yang berturutan.
$$ \text { Panjang gelombang, } \begin{aligned} \lambda & =\frac{10}{2} \\ \lambda & =5 \mathrm{~cm} \end{aligned} $$

Leave a Comment