Gambar foto 3 menunjukkan sebuah bekas pengukus. Amin mendapat permintaan daripada sebuah pasar raya untuk membekalkan 400 biji pau pada setiap hari. Cadang dan terangkan reka bentuk bekas pengukus yang diperlukan oleh Amin dari segi ketahanan dan keupayaan mengukus pau dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat.
Jawapan:
Khairi memesan secawan air kopi susu panas di sebuah restoran. Beliau mendapati air kopi susu yang disediakan terlalu panas. Gambar foto 4 menunjukkan dua cara yang dicadangkan untuk menyejukkan air kopi susu tersebut.
(a) Bincangkan kesesuaian antara cara A dengan B untuk menyejukkan air kopi susu di dalam cawan.
(b) Nyatakan pilihan anda. Berikan sebab bagi pilihan anda.
Jawapan:
(a)
Kesesuaian cara A
– Ais di sekeliling dasar cawan yang melebur menyerap haba pendam daripada cawan dan piring. Suhu cawan dan piring menurun. Haba mengalir dari air kopi susu panas melalui dinding cawan ke ais yang sedang lebur. Dengan cara ini, air kopi susu itu disejukkan.
– Proses ini adalah perlahan kerana melibatkan pengaliran haba melalui dinding cawan.
– Air daripada peleburan ais berada di luar cawan dan tidak mencairkan air kopi susu.
Kesesuaian cara B
– Ais di dalam air kopi susu menyerap haba pendam terus daripada air kopi susu. Air kopi susu yang kehilangan kuantiti haba yang banyak disejukkan dengan cepat. Kuantiti ais yang diperlukan tidak begitu banyak berbanding dengan cara A.
– Air daripada peleburan ais akan bercampur dengan air kopi susu dan mengubah rasanya.
(b)
Saya memilih cara A.
– Cara A dapat menyejukkan air kopi susu panas tanpa mengubah rasanya.
– Cara B bukan sahaja menyejukkan air kopi susu panas itu tetapi telah mengubah rasanya.