Sejatan

Kadar Sejatan Penyejatan ialah proses perubahan cecair kepada wap yang berlaku di permukaan cecair pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih cecair itu. Terdapat beberapa kaedah untuk meningkatkan kadar sejatan suatu cecair, iaitu meningkatkan suhu meningkatkan luas permukaan terdedah meniup udara di permukaan cecair itu atau meniup udara kie dalam cecair menyembur cecair itu … Read more

Menentukur Haba Pendam Tentu Pelakuran Air

Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk menentukan haba pendam tentu pengewapan air. Apabila air di dalam bikar mendidih, bacaan penimbang direkodkan dan jam randik dihidupkan. Selepas 10 minit, bacaan penimbang direkodkan sekali lagi. Beza bacaan penimbang menunjukkan jisim air yang telah berubah kepada stim. Haba pendam tentu pengewapan dapat dihitung dengan menggunakan persamaan … Read more

Menentukur Haba Pendam Tentu Pelakuran Ais

Rajah di atas menunjukkan alat radas digunakan untuk menentukan haba pendam tentu pelakuran ais.  Sedikit ais yang bersuhu 0 °C dipanaskan oleh satu pemanas selama beberapa minit. Ais itu akan melebur menjadi air. Apabila kadar peleburan ais menjadi stabil (diperhatikan daripada penitisan  air), jam randik dihidupkan. Air yang terhasil dikumpulkan dalam bikar yang terletak di … Read more

Haba Pendam Tentu

Haba pendam tentu pelakuran (L) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan pepejal kepada keadaan cecair atau sebaliknya tanpa perubahan suhu. Haba pendam tentu pengewapan (1) suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan itu daripada keadaan cecair kepada keadaan gas atau sebaliknya tanpa perubahan … Read more

Lengkung Penyejukan

Rajah di bawah menunjukkan perubahan suhu apabula satu gas disejukkan sehingga berubah menjadi pepejal. Soal Jawab S: Mengapakah suhu tidak berudah dari Q-R dan S-T? J: Dari Q-R, gas terkondensasi menjadi cecair. Daya tarikan terbentuk di antara zarah-zarah dan haba pendam dibebaskan. Haba yang dibebaskan itu mengganti haba yang hilang ke persekitaran. Dari S-T, cecair … Read more

Lengkung Pemanasan

Nota:B ke C Suhu tidak berubah walaupun proses pemanasan diteruskan. Ini adalah kerana tenaga haba yang dibekalkan digunakan untuk mengatasi daya di antara zarah-zarah di dalam pepejal. Tenaga haba yang diserap untuk mengubah keadaan jasad daripada pepejal kepada cecair dinamakan sebagai haba pendam pelakuran. D ke E Suhu tidak berubah walaupun proses pemanasan diteruskan. Ini … Read more

Haba Pendam

Haba pendam ialah jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan oleh satu objek sewaktu pertukaran keadaan/fasa tanpa mengubah suhunya. Apabila satu pepejal melebur, tenaga haba diserap tetapi suhu pepejal adalah tetap. Apabila satu cecair mendidih, tenaga haba juga diserap tetapi suhunya kekal pada takat didih. Tenaga haba yang diserap/dibebaskan semasa perubahan keadaan dikenali sebagai haba pendam. Haba … Read more

Aplikasi-aplikasi Muatan Haba Tentu

Peralatan Memasak Bahagian-bahagian periuk yang berlainan diperbuat daripada bahan yang berlainan. Dasar bagi periuk biasanya diperbuat daripada kuprum kerana kuprum mempunyai muatan haba tentu yang rendah. Oleh itu, suhunya akan meningkat dengan cepat apabila dipanaskan. kuprum ialah konduktor haba yang baik. kuprum mempunyai ketumpatan yang tinggi. Periuk yang lebih berat di dasarnya adalah lebih stabil. … Read more

Muatan Haba Tentu – Soalan-soalan Pengiraan

Apabila 2 objek/bahan bersentuhan, akan terjadinya pengaliran tenaga haba bersih  dari objek/bahan bersuhu lebih tinggi ke objek/bahan bersuhu lebih rendah. Jika kita membuat anggapan bahawa tidak ada kehilangan tenaga haba ke sekitarnya, maka Kehilangan tenaga haba= Keuntungan tenaga haba Contoh Satu bongkah aluminium berjisim 0.5kg dengan suhu 100°C diletakkan ke dalam air berjisim 1.0kg dengan … Read more