Daya Paduan

  1. Paduan vektor ialah gabungan dua atau lebih vektor menjadi vektor tunggal yang boleh menggantikan vektor asal dan memberi kesan yang sama.
  2. Simbol untuk vektor paduan biasanya diwakili dengan dua anak panah yang sama dan sehala seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
  3. Penambahan dan penolakan. vektor tidak boleh dihitungkan seperti yang dilakukan. bagi kuantiti skalar
  4. Ini adalah kerana vektor ialah kuantiti yang mempunyai arah manakala kuantiti skalar tiada.

Paduan Vektor – Kaedah Segitiga



Untuk melakukan paduan vektor kaedah segitiga, sambungkan ekor bagi vektor yang kedua kepada kepala vektor pertama seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas. Vektor berwarna merah ialah vektor paduan terbentuk.

Paduan Vektor – Kaedah Segiempat Selari


Untuk melakukan paduan vektor kaedah segiempat selari, sambungkan ekor bagi vektor pertama kepada ekor vektor pertama seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas. Vektor berwarna merah ialah vektor paduan terbentuk.


Paduan Dua Vektor Berserenjang


Bagi vektor yang berserenjang, magnitud vektor boleh ditentukan dengan menggunakan teorem Pythagoras manakala arah vektor boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah trigonometri seperti ditunjukkan di bawah:


Contoh:
Dua daya, P dan Q yang bermagnitud 10N dan 12N adalah berserenjang antara satu sama lain. Apakah magnitud daya paduan bagi kedua-dua daya itu apabila daya-daya itu dikenakan ke atas satu objek?

Jawapan:
Magnitud daya paduan
|F|= 10 2 + 12 2 =15.62N

Contoh:

Rajah di atas menunjukkan 4 daya yang bemagnitud 2N, 4N, 5N dan 8N dikenakan ke atas titik O. Semua daya ini adalah berserenjang antara satu sama lain. Berapakah magnitud daya paduan yang dikenakan ke atas titik O.

Jawapan:
Komponen mengufuk daya paduan terbentuk = 5 – 2 = 3N ke kanan
Komponen menegak daya paduan terbentuk =  8 – 4 = 4N ke bawah

Oleh itu, magnitud daya paduan bagi kedua-dua komponen ini,

|F|= 3 2 + 4 2 =5N


Leave a Comment