Gelombang Bunyi

Ciri-ciri Gelombang Bunyi

  1. Gelombang bunyi adalah satu siri mampatan dan regangan molekul-molekul udara berulang kali melalui ruang.
  2. Getaran ke depan dan ke belakang molekul-molekul udara selari dengan arah gerakan gelombang bunyi menunjukkan bahawa bunyi adalah gelombang membujur.

Perambatan Gelombang Bunyi

  1. Gelombang bunyi ialah gelombang mekanik yang memerlukan medium untuk perambatannya. Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merebak dalam vakum.
  2. Medium perambatan boleh berupa pepejal, cair atau gas.
  3. Gelombang bunyi merambat dengan pantas dalam pepejal dan paling perlahan dalam gas.

Jenis Gelombang Bunyi

  1. Telinga manusia dapat mendengar bunyi dengan frekuensi di antra 20Hz – 20,000Hz. Gelombang-gelombang bunyi dengan frekuensi dalam julat ini dinamakan sebagai gelombang audio/sonik.
  2. Gelombang bunyi dengan frekuensi lebih rendah daripada 20Hz dinamakan gelombang infrasonik.
  3. Gelombang bunyi dengan frekuensi lebih tinggi daripada 20,000Hz pula dinamakan sebagai gelombang ultrasonik.

 InfrasonikAudio/Sonik Ultrasonik 
 <20Hz 20Hz – 20000Hz >20 kHz

Kelajuan Gelombang Bunyi

  1. Kelajuan gelombang bunyi dalam pepejal lebih tinggi daripada pada cecair. Kelajuan gelombang bunyi dalam cecair pula lebih tinggi daripada gas.
  2. Kelajuan gellombang bunyi di udara tidak dipengaruhi oleh tekanan, tetapi dipengaruhi oleh suhu.
  3. Apabila suhu meningkat, kelajuan suara di udara (dan gas-gas lain) juga meningkat.
  4. Gelombang bunyi biasanya bergerak dengan lebih perlahan di kawasan beraltitud tinggi kerana suhu yang lebih rendah.

Leave a Comment