Fenomena Berhubung Kait Dengan Mutan Haba Tentu

Bayu Darat

  1. Pada waktu malam, suhu di permukaan darat menurun dengan cepat kerana muatan haba tentunya lebih kecil daripada air. 
  2. Akibatnya, suhu air laut lebih tinggi daripada tanah darat.
  3. Udara di atas permukaan laut dipanaskan dan ketumpatannya menurun.
  4. Udara itu bergerak ke atas dan udara sejuk di atas darat bergerak ke laut menggantikan tempatnya.
  5. Suatu perolakan berlaku dan angin bertiup dari darat ke laut pada waktu malam.

Bayu Laut

  1. Muatan haba tentu tanah darat lebih kecil daripada muatan haba tentu air. Oleh itu, suhu di darat berubah dengan lebih cepat berbanding dengan laut.
  2. Pada waktu siang, matahari memanaskan permukaan darat lebih cepat daripada air laut.
  3. Perolakan air yang berlaku dalam air laut juga menyebabkan air lebih sejuk daripada tanah. 
  4. Udara di atas permukaan darat dipanaskan dan menjadi kurang tumpat, seterusnya bergerak ke atas. Ini menyebabkan tekanan udara di darat menurun. 
  5. Udara sejuk di atas permukaan laut bergerak ke darat untuk membentuk suatu perolakan. 
  6. Akibatnya angin bertiup dari laut ke darat pada waktu siang dan membentuk bayu laut..

Iklim Sederhana

  1. Sesetengah tempat yang berdekatan dengan tasik dan laut mempunyai iklim yang sederhana.
  2. Ini adalah kerana air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
  3. Pada siang hari di mana cuaca adalah panas, air tasik/laut menyerap haba dari sekeliling. Ini dapat membantu mengurangkan suhu sekeliling.
  4. Pada masa malam yang sejuk, air tasik/laut membebaskan haba ke persekitaran. Ini dapat mengelakan pengurang suhu yang terlalu tinggi.
  5. Akibatnya, tempat yang berhampiran dengan tasik/laut mengalami perubahan suhu harian yang rendah, iaitu iklim yang sederhana.

Leave a Comment