Latihan Formatif 4.4 (Soalan 4 & 5) – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 4:
Tekanan di dalam sebuah silinder gas ialah 175 kPa pada suhu 27°C. Haba daripada sebuah relau yang berhampiran menyebabkan tekanan gas bertambah kepada 300 kPa. Berapakah suhu gas di dalam silinder itu?


Jawapan:
\begin{aligned}
& P_1=175 \mathrm{kPa} \\
& P_2=300 \mathrm{kPa} \\
& T_1=27+273=300 \mathrm{~K} \\
& T_2=?
\end{aligned}

Hukum Gay-Lussac :
$$
\begin{aligned}
\frac{P_1}{T_1} & =\frac{P_2}{T_2} \\
\frac{175}{300} & =\frac{300}{T_2} \\
T_2 & =\frac{300 \times 300}{175} \\
& =514.29 \mathrm{~K}-273 \\
& =241.29^{\circ} \mathrm{C}
\end{aligned}
$$

Soalan 5:
Rajah 4.35 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji hubungan antara tekanan dengan suhu bagi udara di dalam sebuah kelalang dasar bulat.


(a) Kenal pasti empat aspek dalam susunan radas ini yang boleh menjejaskan kejituan keputusan eksperimen ini.

(b) Cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan untuk membaiki kelemahan yang dikenal pasti.


Jawapan:
(a)

  • Kelalang dasar bulat tidak direndamkan sepenuhnya dalam air
  • Kedudukan bebuli termometer di permukaan air
  • Tidak ada rod pengacau
  • Kedudukan tolok tekanan pada paras yang rendah


(b)

  • Bahagian bulat kelalang dasar bulat” perlu direndamkan dalam air untuk memastikan gas molekul dapat dipanaskan dengan lebih seragam.
  • Rendamkan bebuli termometer di bahagian bawah bikar untuk mendapat bacaan tepat.
  • Rod pengacau diguna untuk memastikan suhu air adalah seragam.
  • Letakkan tolok tekanan di atas satu blok kayu yang sama paras dengan kelalang dasar bulat untuk mengelakkan kehilangan tekanan gas ke sekeliling.

Leave a Comment