Penilaian Prestasi 4 (Soalan 1 – 3) – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Gambar foto 1 menunjukkan sebuah mesin penyuntik stim yang boleh menyalurkan stim ke dalam air di dalam gelas.


(a) Apakah maksud haba pendam?

(b) Terangkan bagaimana air di dalam gelas dipanaskan oleh stim yang disuntik ke dalamnya.

(c) Apakah kelebihan pemanasan air melalui kaedah suntikan stim?


Jawapan:
(a) Haba pendam ialah haba yang diserap atau dibebaskan semasa perubahan fasa jirim tanpa perubahan suhu.

(b) Apabila stim terkondensasi di dalam air, haba pendam yang dibebaskan memanaskan air itu.


(c)
Kelebihan pemanasan air melalui kaedah suntikan stim:

– Pemanasan yang cepat.

– Pemanasan air secara langsung, iaitu tiada pembaziran haba untuk memanaskan bekas.

Soalan 2:
Tandakan (✓) bagi situasi yang menunjukkan keseimbangan terma.



Jawapan:



Soalan 3:
Bongkah A mempunyai nilai muatan haba tentu yang tinggi dan bongkah B mempunyai nilai muatan haba tentu yang rendah. Jika kedua-dua bongkah mempunyai jisim yang sama,

(a) bongkah yang manakah memerlukan lebih banyak tenaga untuk kenaikan suhu sebanyak 10°C?

(b) bongkah yang manakah lebih cepat menjadi panas sekiranya dibekalkan dengan haba yang sama? Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
Bongkah A.
Apabila muatan haba tentu tinggi, lebih banyak haba diperlukan untuk menaikkan suhu 1°C bagi bahan berisim 1 kg .

(b)
Bongkah B.
Bongkah yang mempunyai muatan haba yang rendah akan mengalami peningkatan suhu yang lebih tinggi.

Leave a Comment