Muatan Haba Tentu

Muatan haba tentu, c suatu bahan ialah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak  1°C.
  1. Muatan haba tentu ialah kuantiti fizik yang digunakan untuk membanding muatan haba bagi suatu bahan jika jisimnya adalah sama.
  2. Ia adalah satu pengukuran tentang berapa banyak tenaga haba boleh disimpan dalam 1kg bahan tertentu untuk mengubah suhunya sebanyak 1°C.
  3. Muatan haba tentu (c), ditakrifkan sebagai tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak  1°C.
  4. Dalam bentuk matematik, ini ditulis sebagai 
    c= Q/ mθ

    [Q = tenaga haba, c = muatan haba tentu, m = jisim, θ = perubahan suhu]

  5. Unit SI bagi muatan haba tentu ialah J/kg/°C.
  6. Contohnya, muatan haba tentu bagi air ialah 4200 J/kg/°C. Ini bermakna 4200J tenaga haba diperlukan untuk mengubah suhu 1kg air sebanyak 1°C.
  7. Pemindahan tenaga haba di dalam satu objek apabila suhunya berubah dapat dihitungkan dengan menggunakan persamaan berikut:

Leave a Comment