Kesan Medan Elektrik ke Atas Bola Pingpong yang Bersalut Bahan Konduktor

Kesan Medan Elektrik pada Bola Ping Pong yang Disaluti Bahan Konduktor

  1. Rajah di atas  menunjukkan sebiji bola ping-pong bersalut logam yang digantung di tengah-tengah dua plat logam yang disambungkan kepada terminal positif dan negatif bekalan Voltan Lampau Tinggi (V.L.T.)
  2. Cas yang bertentangan (positif dan negatif) diaruhkan pada permukaan bola. Oleh kerana daya elektrik yang bertindak pada bola ping-pong mengimbangi antara satu sama lain. Maka, bola ping-pong kekal berada di tengah-tengah.
  1. Apabila bola ping-pong disesarkan untuk menyentuh plat positif, bola ping-pong itu menjadi bercas positif. Oleh kerana cas yang sama menolak, bola itu akan ditolak ke arah plat negatif.
  2. Apabila bola ping-pong bersentuh dengan plat negatif, cas positif pada bola ping-pong akan dineutralkan oleh cas negatif pada plat negatif. Kemudian, ia menjadi bercas negatif. Sekali lagi, cas yang sama menolak, bola itu akan ditolak ke arah plat positif.
  3. Proses ini diulangi. Bola ping pong itu akan berayun di antara kedua-dua plat logam itu.

Video

Leave a Comment