Praktis Formatif 3.3 – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3 (Keelektrikan)


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan daya gerak elektrik, d.g.e.?

Jawapan:
Daya gerak elektrik, d.g.e. ialah tenaga yang dibekalkan atau kerja yang dilakukan oleh satu sumber tenaga elektrik untuk menggerakkan satu coulomb cas dalam satu litar lengkap.


Soalan 2:
Nyatakan perbezaan antara d.g.e. dengan beza keupayaan.

Jawapan:
Daya gerak elektrik, d.g.e. ialah kerja yang dilakukan oleh suatu sumber tenaga elektrik untuk menggerakkan satu coulomb cas dalam satu litar lengkap dan nilainya diukur apabila suis dibuka (litar terbuka) manakala beza keupayaan ialah kerja yang dilakukan untuk menggerakkan satu coulomb cas di antara dua titik dalam satu litar lengkap dan nilainya diukur apabila suis ditutup (litar tertutup).


Soalan 3:
Apakah kesan rintangan dalam terhadap arus yang mengalir dalam satu litar lengkap?

Jawapan:
Magnitud arus yang mengalir adalah lebih kecil.


Soalan 4:
Jika anda dibekalkan dengan dua buah sel kering, apakah jenis susunan sel kering yang boleh mengurangkan jumlah rintangan dalam berkesan sel kering tersebut?

Jawapan:
Sambungan sel kering secara selari.


Leave a Comment