Rajah 6 menunjukkan tiga jasad A, B dan C. Diberi daya graviti antara A dengan B ialah P.
Nyatakan dalam sebutan P, daya graviti antara
(i) B dengan C, dan
(ii) A dengan C.
Jawapan:
Antara A dengan B :
$$
\begin{aligned}
F_{\mathrm{AB}} & =\frac{G m_1 m_2}{r^2} \\
P & =\frac{G \times 100 \times 100}{5^2} \\
P & =400 G \ldots \ldots[1]
\end{aligned}
$$
(i)
$$
\begin{array}{ll}
\text { Antara } B \text { dengan } C: & F_{B C}=\frac{G \times 100 \times 200}{5^2} \\
& F_{B C}=800 G \ldots \ldots[2] \\
\text { Banding [1] dan [2], } & F_{B C}=2(400 G) \\
& F_{B C}=2 P
\end{array}
$$
(ii)
$$
\begin{array}{ll}
\text { Antara } A \text { dengan } C: & F_{A C}=\frac{G \times 100 \times 200}{10^2} \\
& F_{A C}=200 G \ldots \ldots[3] \\
\text { Banding [1] dan [3], } & F_{A C}=0.5(400 G) \\
& F_{A C}=0.5 P
\end{array}
$$
Jadual 1 menunjukkan maklumat mengenai tiga jenis orbit X, Y dan Z bagi satelit yang mengorbit Bumi.
Sebuah agensi angkasa ingin melancarkan dua buah satelit P dan Q ke dalam orbit mengelilingi Bumi. Satelit P ialah satelit pengimejan Bumi yang boleh mengambil gambar pelbagai kedudukan di permukaan Bumi manakala satelit Q ialah satelit komunikasi televisyen.
Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 1, tentukan orbit yang manakah sesuai untuk satelit P dan satelit Q. Beri penjelasan untuk pilihan anda.
Jawapan:
Satelit P ialah satelit pengimejan dengan ciri-ciri:
(i) Ketinggian orbit yang kecil supaya boleh mengambil gambar foto yang jelas bagi muka Bumi.
(ii) Tempoh orbit yang lebih kecil daripada 24 jam supaya mengorbit Bumi beberapa kali dalam satu hari. Satelit itu akan berada di atas tempat-tempat yang berlainan di muka Bumi dan boleh mengambil gambar foto di banyak tempat yang berlainan.
(iii) Orbit berbentuk elips supaya boleh mengambil gambar foto jarak dekat dan jarak jauh. Maka, satelit P perlu diletakkan di dalam orbit X
Satelit Q ialah satelit komunikasi dengan ciri-ciri:
(i) Tempoh orbit 24 jam supaya berputar bersama-sama dengan Bumi dan sentiasa berada di atas tempat yang sama di muka Bumi. Satelit itu boleh menerima dan memancar semula isyarat komunikasi ke stesen di Bumi.
(ii) Orbit bulat supaya ketinggian dari permukaan Bumi adalah tetap. Maka, satelit Q perlu diletakkan di dalam orbit Y.