Bumi mengorbit Matahari dengan jejari orbit 1.50 ร 1011 m dan tempoh peredaran 1 tahun. Planet Zuhal membuat orbit dengan jejari orbit 1.43 ร 1012 m. Berapakah tempoh orbit Zuhal?
Jawapan:
Tempoh orbit Bumi, ๐1=1.00 tahun,ย
Tempoh orbit Zuhal = ๐2
Jejari orbit Bumi, r1 = 1.50 ร 1011 m,
Jejari orbit Zuhal, r2 = 1.43 ร 1012 m
$$
\begin{aligned}
\frac{T_1^2}{T_2^2} & =\frac{r_1^3}{r_2^3} \\
\frac{1.00^2}{T^2} & =\frac{\left(1.50 \times 10^{11}\right)^3}{\left(1.43 \times 10^{12}\right)^3} \\
T_2^2 & =\frac{1.00^2 \times\left(1.43 \times 10^{12}\right)^3}{\left(1.50 \times 10^{11}\right)^3} \\
T_2 & =\sqrt{\frac{1.00^2 \times\left(1.43 \times 10^{12}\right)^3}{\left(1.50 \times 10^{11}\right)^3}} \\
& =29.44 \text { tahun }
\end{aligned}
$$
Sebuah kapal angkasa mengorbit Bumi pada ketinggian 1 600 km. Hitungkan halaju lepas untuk kapal angkasa ini.
[G = 6.67 ร 10โ11 N m2 kgโ2, jisim Bumi = 5.97 ร 1024 kg, jejari Bumi = 6.37 ร 106 m]
Jawapan:
$$
\text { Halaju lepas, } v=\sqrt{\frac{2 G M}{(R+h)}}
$$
$$
\begin{aligned}
& =\sqrt{\frac{2 \times\left(6.67 \times 10^{-11}\right) \times\left(5.97 \times 10^{24}\right)}{\left(6.37 \times 10^6+1600 \times 10^3\right)}} \\
& =9996 \mathrm{~m} \mathrm{~s}^{-1}
\end{aligned}
$$
Rajah 5 menunjukkan planet Zuhal mempunyai gelang-gelang di sekelilingnya yang terdiri daripada zarah-zarah kecil. Planet Zuhal mempunyai jisim 5.68 ร 1026 kg dan jejari 6.03 ร 107 m.
(a) Hitungkan halaju lepas dari planet Zuhal.
(b) Bincangkan kemungkinan zarah-zarah kecil dalam gelang-gelang planet Zuhal terlepas ke angkasa.
Jawapan:
(a)
Halaju lepas Zuhal,
$$
\begin{aligned}
v & =\sqrt{\frac{2 G M}{R}} \\
& =\sqrt{\frac{2 \times\left(6.67 \times 10^{-11}\right) \times\left(5.68 \times 10^{26}\right)}{6.03 \times 10^7}} \\
& =3.54 \times 10^4 \mathrm{~m} \mathrm{~s}^{-1}
\end{aligned}
$$
(b)
Zarah-zarah kecil itu tidak mungkin terlepas kerana halaju lepas planet sangat tinggi.