Kajian Saintifik

Carta di bawah menunjukkan langkah-langkah dalam membuat kajian saintifik.

Inferens:

Inferens adalah satu kenyataan yang menyatakaan hubungan di antara 2 kuantiti yang diperhatikan dalam satu eksperiment.

Hipotesis:

  1. Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.
  2. Kebenarannya satu hipotesis hendaklah diuji melalui eksperimen.
  3. Apabila dibuktikan benar, hipotesis ini akan diserapkan ke dalam teori dan hukum.

Pemboleh Ubah

Pemboleh ubah ialah kuantiti di mana nilainya boleh berubah. Terdapat 3 jenis pemboleh ubah

  1. Pemboleh ubah dimanipulasikan: Pemboleh ubah dimanipulasikan ialah faktor yang sengaja diubahkan dalam satu ekperimen untuk melihat kesanya ke atas pembolehubah bergerak balas.
  2. Pemboleh ubah bergerak balas: Kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen.
  3. Pemboleh ubah dimalarkan: Kuantiti fizik yang lain dan perlu ditetapkan atau dimalarkan dahulu sebelum menyiasat hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.

Menjadualkan Data

Jadual yang lengkap mesti mempunyai ciri-ciri berikut

  1. Nama atau simbol pembolehubah mesti dilabelkan dengan betul beserta dengan unit.
  2. Semua bacaan mesti mempunya kejituan yang sama (bilangan nombor perpuluhan yang sama).
  3. Kejituan bacaan mesti selaras dengan kepekaan alat-alat pengukur.

Melukis Graf

  1. Graf digunakan untuk menganalisa hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah.
  2. Graf yang lengkap mesti mempunya ciri-ciri berikut:
  3. Tajuk yang menunjukkan hubungan di antara 2 pembolehubah
  4. dua paksi yang lengkap dengan label dan unit.
  5. graf yang dilukjis mesti lebih besar daripada 50% kertas graf,
  6. skala yang bersesuaian (1:1 x 10x, 1:2 x 10x and 1:5 x 10x)
  7. semua titik diplotkan dengan betul,
  8. garis/lengkungan yang seimbang

Leave a Comment