Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor

Kuantiti Skalar

  1. Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.
  2. Magnitud ialah nilai berangka kuantiti tersebut. 
  3. Contoh-contoh kuantiti skalar ialah jarak, laju, jisim, isipadu, suhu, ketumpatan dan tenaga.

Kuantiti Vektor

  1. Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai kedua-dua magnitud dan arah. 
  2. Contoh-contoh kuantiti vektor ialah sesaran, halaju, pecutan, daya dan momentum.

    Contoh:
    Asingkan kuantiti-kuantiti fizik berikut kepada kuantiti skalar atau kuantiti vektor.

    Laju, halaju, pecutan, jarak, sesaran, cas elektrik, ketumpatan, isipadu, panjang, momentum, masa, suhu, daya, jisim, kuasa, kerja, impuls.


    Jawapan:

    Kuantiti skalar:

    • laju
    • jarak
    • tenaga
    • cas elektrik
    • ketumpatan
    • isipadu
    • panjang
    • masa
    • suhu
    • jisim
    • kuasa
    • kerja


    Kuantiti Vektor

    • halaju
    • pecutan
    • sesaran
    • momentum 
    • daya
    • impuls

        External Link
        Vectors – An Introduction
        Vectors by Uni. of Guelph
        Electronic Science Tutor – Introduction to Vector

        Leave a Comment