Momentum

Momentum Momentum ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dan halaju. Momentum ialah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai magnitud dan arah. Unit S.I. bagi momentum ialah kgms-1 Formula: Contoh:Seorang pelajar melepas sebiji bola berjisim 2kg dari ketinggian 5m. Berapakah momentum bola itu sejurus sebelum terhempas ke atas lantai? Jawapan:Untuk mencari momentum, kita perlu tahu jisim dan halaju bola … Read more

Hukum Gerakan Newton Pertama

Hukum Hukum Newton Pertama menyatakan bahawa Suatu objek dalam keadaan pegun akan terus berada dalam keadaan pegun, atau jika bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada suatu garis lurus, kecuali dikenakan suatu daya luar. Hukum Newton Pertama adalah sejajar dengan konsep inersia, di masa suatu jirim cenderung mengekalkan keadaan pergerakannya.

Inersia

Jisim Jisim ditakrifkan sebagai kuantiti jirim. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg) Jisim ialah kuantiti skalar. Inersia Inersia suatu objek ialah sifat semula jadinya yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan rehat atau keadaan gerakan. Situasi Tentang Inersia Keadaan Asal Objek yang Pegun Situasi 1Apabila kadbod disentap dengan cepat, duit syiling jatuh terus … Read more

Graf bagi Objek Jatuh Bebas

Jatuh bebas ialah satu kejatuhan yang disebabkan oleh daya tarikan graviti tanpa kesan rintangan udara dan daya luaran. Pecutan bagi gerakan jatuh bebas adalah sentiasa malar. Di permukaan bumi, pecutan ini ialah 10ms-2, dan dinamakan sebagai pecutan graviti. Dalam SPM, anda perlu mengetahui graf gerakan jatuh bebas bagi gerakan-gerakan berikut: Meloncarkan objek ke atas Melepaskan … Read more

Graf Halaju-Masa

Graf Halaju – Masa Daripada persamaan [Pecutan; = ;frac{{Perubahan{rm{ }}halaju}}{{Masa}}] Pecutan = kecerunan dalam graf halaju melawan masa manakala Sesaran = luas dibawah graf Analisa Graf Halaju – Masa Kecerunan = 0,pecutan = 0 (Halaju seragam) Kecerunan malar,pecutan seragam Kecerunan bertambah,pecutan bertambah Kecerunan negatif dan malar,nyahpecutan seragam. Kecerunan = berkurang,pecutan berkurang   Recommended VideosCalculating Distance … Read more

Graf Sesaran-Masa

Graf Sesaran – MasaDaripada persamaan [Halaju; = frac{{sesaran}}{{masa}}] kita dapati bahawa kecerunan graf dalam graf sesaran melawan masa adalah sama dengan halaju pergerakan. Analisa Graf Sesaran – Masa Kecerunan = 0Maka halaju = 0 Kecerunan adalah seragam di semua titik, maka halaju adalah tetap. Kecerunan adalah negatif dan seragam, maka halaju juga negatif dan seragam. … Read more

Menganalisis Gerakan

Jangka Masa Detik Jangka masa detik ialah satu alat yang digunakan dalam makmal untuk menentukan halaju dan pecutan sesuatu objek yang bergerak. Sumber kuasa yang digunakan oleh alat ini adalab arus ulangalik berfrekuensi 50 Hz. Apabila ia dihidupkan, jalur besi akan bergetar pada 50 kali sesaat. Rajah di bawah menunjukkan satu potongan pita detik dengan … Read more

Gerakan Dengan Pecutan Seragam

Persamaan untuk Gerakan Pecutan Seragam Kebanyakan soalan pengiraan yang melibatkan gerakan dapat diselesaikan dengan menggunakan salah satu persamaan berikut. Oleh itu anda dinasihatkan menghafal semua persamaan berikut. Simbol-simbol yang biasa digunakan dalam persamaan-persamaan gerakan linear adalah seperti berikut.u = halaju awalv = halaju akhira = pecutans = sesarant = masa Semasa menyelesaikan masalah mengenai gerakan … Read more