Jenis Gelombang

  1. gelombang boleh dibahagikan kepada dua jenis
    1. gelombang mekanikal – gelombang yang merambat melalui getaran zarah suatu medium. contohnya gelombang bunyi
    2. gelombang elektromagnet – gelombang yang merambat melalui ayunan medan elektrik dan medan magnet. Contohnya gelombang cahaya.
      (gelombang elektromagnet tidak memerlukan medium untuk perambatannya)


Gelombang Melintang dan Gelombang Membujur
  1. Gelombang juga boleh di klasifikasi mengikut arah getaran zarahnya relatif kepada arah perambatan.
    1. gelombang melintang ialah gelombang di mana arah getaran zara-zara nya berserenjang dengan arah rambatan gelombang tersebut. Contoh-contoh gelombang melintang termasuk gelombang cahaya, gelombang radio dan ombak laut (gelombang air)
    2. gelombang membujur ialah gelombang di mana arah getaran zara-zara nya selari dengan arah rambatan gelombang. Contoh gelombang membujur ialah gelombang bunyi 

Videos

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment