Ayunan

  1. Gelombang dibentuk oleh satu siri ayunan/getaran yang berturutan.
  2. Untuk memahami gelombang, kita perlu memahami ayunan terlebih sahulu.

    Istilah-istilah Berkaitan Dengan Ayunan

    Kedudukan Keseimbangan

    Kedudukan keseimbangan ialah titik di mana objek berayun mengalami daya paduan sifar (semua daya bertindak dalam keseimbangan).

    Ayunan Lengkap

    1. Satu ayunan lengkap berlaku apabila objek berayun:
      1. bergerak ke sana kemari kemudian balik ke kedudukan asalnya dan pada masa yang sama
      2. bergerak dalam arah yang sama seperti gerakan asalnya.

    Amplitud

    1. Amplitud ialah sesaran maksimum objek dari kedudukan keseimbangannya. Unit SI untuk amplitud adalah meter, m.
    2. Semakin besar amplitud, semakin besar tenaga mekanik yang dimiliki oleh sistem berayun.

    Kala

    1. Kala ditakrifkan sebagai masa yang diperlukan untuk satu ayunan atau getaran lengkap.

    Frekuensi

    1. Frekuensi, f ialah bilangan ayunan yang berlaku dalam satu saat. Unit SI untuk frekuensi adalah Herz (Hz).
    2. Frekuensi boleh dihubungkaitkan dengan kala dengan persamaan berikut

    Contoh:
    Diberi satu bandul membuat 20 ayunan dalam 25s. Cari frekuensi bandul itu.

    Jawapan:
    Kala,

    Frekuensi

    Leave a Comment