Gelombang

Memahami Gelombang

Apa itu gelombang?

  1. Gelombang ialah satu pembawa tenaga dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa memindahkan jirim.
  2. Gelombang bergerak dan memindahkan tenaga (amplitud) dan maklumat (frekuensi) dari satu titik ke titik yang lain, dengan sedikit atau tiada sesaran kekal zarah-zarah medium yang dilaluinya.
  3. Sistem ayunan merupakan punca gelombang.
Gelombang memindah tenaga tanpa memindahkan bahan fizikal bagi medium yang dilaluinya.

Muka Gelombang

Fasa

  1. Fasa ialah kedudukan semasa dalam sati kitaran bagi sesuatu yang perubahan berkitar (Contahnya ayunan bergitar atau getaran bergitar).
  2. Dua zarah berayun/bergetar berada dalam fasa yang sama jika sesaran dan arah gerakannya sama.
    1. Dalam fasa – Fasa yang sama
    2. Luar fasa – Fasa berbeza
    3. Anti-fasa – Beza fasa = 180o

Muka Gelombang

  1. Muka gelombang merupakan garis atau permukaan yang menghubungkan titik-titik yang bergerak pada fasa yang sama dan mempunyai jarak yang sama dari sumber gelombang.
  2. Apabila gelombang bulat terbentuk, muka gelombang bulat terbentuk.
  3. Ciri-ciri muka gelombang:
    1. Muka gelombang berserenjang dengan arah perambatan gelombang. (Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah)
    2. Semua titik di permukaan gelombang mempunyai jarak yang sama dari sumber gelombang.

Panjang Gelombang

Panjang gelombang (Ī») ditakrifkan sebagai jarak antara dua zarah berturutan yang berada pada fasa yang sama (titik yang berada di kedudukan yang sama dan bergerak pada arah yang sama.).

Leave a Comment