Aplikasi-aplikasi Muatan Haba Tentu

Peralatan Memasak


  1. Bahagian-bahagian periuk yang berlainan diperbuat daripada bahan yang berlainan.
  2. Dasar bagi periuk biasanya diperbuat daripada kuprum kerana
    1. kuprum mempunyai muatan haba tentu yang rendah. Oleh itu, suhunya akan meningkat dengan cepat apabila dipanaskan.
    2. kuprum ialah konduktor haba yang baik.
    3. kuprum mempunyai ketumpatan yang tinggi. Periuk yang lebih berat di dasarnya adalah lebih stabil.
  3. Pemegang periuk biasanya diperbuat daripada plastik atau kayu
    1. plastik dan kayu mempunyai muatan haba tentu yang tinggi. Oleh itu, suhunya tindak menjadi terlalu tinggi walaupun menyerap kauntiti haba yang banyak.
    2. plastik dan kayu merupakan penebat haba yang baik.
    3. plastik dan kayu mempunyai ketumpatan yang rendah. Oleh itu periuk itu tidak menjadi terlalu berat.
  4. Bahagian badan periuk biasanya diperbuat daripada keluli tahan karat kerana
    1. keluli mempunyai muatan haba tentu yang rendah. Oleh itu ia memerlukan kuantiti tenaga haba yang rendah untuk meningkatkan suhunya.
    2. Keluli tidak bertindak balas dengan bahan kimia di dalam makanan.

    Enjin Kereta

    1. Air digunakan sebagai agen penyejuk dalam radiator kereta untuk menyejukkan enjin kereta.
    2. Air digunakan sebagai cecair penyejuk kerana
      1. air adalah murah dan mudah didapati dalam kuantiti yang banyak,
      2. air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi. Ia boleh menyerap kuantiti haba yang tinggi tetapi tidak menyebab peningkatan suhu yang tinggi.
    3. Air dipamkan mengalir melalui bahagian-bahagian enjin yang panas untuk menyerap tenaga haba dari enjin kereta.
    4. Air yang panas kemudian dialirkan ke radiator melalui paip.
    5. Air panas disejukkan di radiator oleh angin yang disedut masuk oleh kipas radiator.
    6. Air sejuk dialirkan semula ke bahagian-bahagian enjin yang panas.

      Radiator Terma

      1. Di negara sejuk, radiator terma digunakan untuk memanaskan ruang di dalam bangunan.
      2. Air digunakan sebagai agen pemanas dalam radiator terma kerana ia mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
      3. Proses pemanasan adalah seperti berikut:
        1. Air panas dipamkan melalui paip logam ke radiator yang dipasang dalam bilik.
        2. Tenaga haba yang dibebaskan oleh paip radiator boleh memanaskan udara di rumah.
        3. Air sejuk dialirkan semula ke tangki air panas.

      Bumbung Kilang yang Rendah

      1. Sesetengah kilang yang tiada mesin besar mempunyai bumbung yang rendah. Ini adalah untuk mengurangkan isi padu udara di dalam bangunan.
      2. Jika isi padu udara adalah lebih rendah, maka jisim udara juga rendah. Ini dapat mengurangkan muatan haba bagi udara di dalam bangunan.
      3. Hakikatnya, kuantiti haba yang perlu disingkirkan untuk mengurangkan suhu di dalam bangunan adalah lebih rendah.
      4. Ini dapat mengurangkan kos elektrik penghawa dingin dalam kilang.

      Leave a Comment