Haba Pendam

Haba pendam ialah jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan oleh satu objek sewaktu pertukaran keadaan/fasa tanpa mengubah suhunya.
  1. Apabila satu pepejal melebur, tenaga haba diserap tetapi suhu pepejal adalah tetap.
  2. Apabila satu cecair mendidih, tenaga haba juga diserap tetapi suhunya kekal pada takat didih.
  3. Tenaga haba yang diserap/dibebaskan semasa perubahan keadaan dikenali sebagai haba pendam.
  4. Haba pendam ialah jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan oleh sesebuah bahan kimia sewaktu pertukaran keadaan/fasa tanpa mengubah suhunya.
  5. Tenaga haba yang diserap semasa peleburan atau dibebaskan semasa pembekuan dinamakan sebagai haba pendam pelakuran.
  6. Tenaga haba yang diserap semasa pengewapan atau dibebaskan semasa kondensasi dinamakan sebagai haba pendam pengewapan.

Leave a Comment