Hukum Ohm
- Suatu graf beza keupayaan (V) melawan arus (I) boleh diplotkan untuk mengkaji ciri-ciri suatu konduktor.
- Seperti ditunjukkan dalam rajah di atas, jika satu garis lurus yang melalui asalan diperolehi, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa arus adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan.
- Hubungan di antara beza keupayaan dan arus di antara 2 titik dalam satu konduktor diberikan oleh Hukum Ohm.
- Hukum Ohm menyatakan bahawa beza keupayaan, V merentasi suatu konduktor adalah berkadar terus dengan arus elektrik, I, yang melalui konduktor itu, asalkan suhu dan keadaan fizik yang lain adalah tetap.
Contoh:
Berapakah arus yang mengalir melalui satu ketuhar elektrik berintangan 800Ω ketika beroperasi pada 240V?
Jawapan:
Rintangan, R = 800Ω
Beza Keupayaan, V = 240V
Arus, I = ?