Indeks Biasan

Mengikut hukum Snell, sini/sinr = pemalar (i = sudut tuju, r = sudut biasan). Nilai sini/sinr dinamakan sebagai indeks biasan bagi suatu medium.   n= sini sinr n= refractive index Dalam SPM, apabila perkataan “indeks biasan” digunakan, ia merujuk kepada indeks biasan mutlak sesuatu medium. Indeks biasan mutlak merupakan indeks biasan suatu bahan lut sinar relatif kepada … Read more

Hukum Snell

Hukum-hukum Pembiasan Sinar tuju, sinar terbias dan normal berada dalam satah yang sama. Nisbah bagi sin sudut tuju (sini) terhadap sin sudut biasan (sinr), iaitu  sini sinr adalah malar. Ini dikenali sebagai hukum Snell. Hukum Snell menyatakan bahawa nilai  (sin i) / (sin r) adalah sentiasa malar apabila sinar cahaya bergerak dari satu medium ke … Read more

Pembiasan Cahaya

Pembiasan cahaya ialah fenomena pembengkokan cahaya apabila merambat dari satu medium lut sinar ke medium lut sinar yang berbeza ketumpatan optik. Halaju dan Arah cahaya berubah dalam medium yang berlainan. Cahaya bergerak dari medium kurangtumpat ke medium lebih tumpat akan dibiaskan mendekati normal. Sebaliknya, cahaya bergerak dari medium lebih tumpat ke medium kurang tumpat akan dibiaskan menjauhi … Read more

Gambarajah Sinar dan Jenis Imej

Ciri-ciri dan saiz bagi imej yang dihasilkan oleh satu cermin cekung gergantung kepada kedudukan objek dari cermin.  Slaid-slaid di bawah menunjukkan gambarajah sinar pembentukan imej bagi kedudukan objek yan berbeza. Klik di atas slaid untuk melihat langkah-langkah pembinaan gambarajah sinar dan juga ciri-ciri imej yang terbentuk. <br /> Recommended Videos Concave and Convex Mirror Ray … Read more

Cermin Cembung

Cermin Cembung Cermin cembung melengkung ke luar dan memantulkan cahaya dari permukaan luarnya. Apabila sinar cahaya yang selari mengena cermin cembung, sinar cahaya akan memantul ke arah I uar. Sinar cahaya pantulan kelihatan seolah-olah tersebar dari suatu titik F, iaitu titik fokus, di belakang cermin. Cermin cembung juga dikenali sebagai cermin pencapah. Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah … Read more

Cermin Cekung

Cermin Cekung Cermin cekung melengkung ke dalam dan memantulkan cahaya dari permukaan sebelah dalamnya. Apabila sinar cahaya yang selari mengena suatu cermin cekung, sinar cahaya akan dipantul balik ke arah dalam. Semua sinar pantulan akan menumpu pada suatu titik F yang dikenali sebagai titik fokus. Jarak dari titik fokus F ke kutub cermin P ialah … Read more

Cermin Melengkung

Cermin Melengkung Suatu lengkungan ialah sebahagian daripada satu bulatan. Oleh itu pusat bulatan juga merupakan pusat lengkungan. jejari bulatan juga sama dengan jejari lengkungan. Istilah-istilah Penting All rays parallel to the principle axis will focus at F Pusat lengkungan, C Pusat lengkungan, C cermin melengkung ialah pusat sfera dari mana cermin melengkung terbentuk. Kutub cermin, … Read more

Cermin Satah

(Reflection of light on a plane mirror) Imaj Dalam Cermin Satah Rajah di sebelah menunjukkan bagaimana imej terbentuk di dalam satu cermin satah disebabkan oleh pantulan cahaya. Imej yang terbentuk di dalam cermin satah adalah tegak maya songsang sisi sama sais dengan objek Langkah-langkah Melukis Gambarajah Sinar Suatu Cermin Satah Langkah 1 ( Lukis imej (I) … Read more

Pantulan Cahaya

Pantulan Cahaya Cahaya menunjukkan fenomena gelombang Cahaya ialah sejenis gelombang melintang. Ia juga sejenis gelombang elektromagnet. Cahaya menunjukkan beberapa fenomena gelombang seperti pantulan dan pembiasan Pantulan cahaya pada cermin satah Kita boleh melihat sesuatu objek kerana objek itu memantul cahayanya ke dalam mata kita. Rajah di bawah menunjukkan pantulan cahaya yang ditujukan ke permukaan sebuah … Read more