Ayunan Paksa dan Pelembapan

Frekuensi Asli

Frekuensi asli satu sistem berayun ialah frekuensi sistem apabila tidak ada daya luar yang bertindak di atasnya.

Pelembapan dan Ayunan Paksaan

Pelembapan

  1. Pelembapan ialah penyusutan amplitud sistem berayun.
  2. Satu sistem berayun mengalami pelembapan apabila tenaganya hilang ke sekitarnya sebagai tenaga haba.
  3. Biasanya, frekuensi sistem tidak berubah semasa pelembapan.

(Graf Sesaran-Masa bagi ayunan yang mengalami pelembapan)
(Graf Amplitud-Masa bagi ayunan yang mengalami pelembapan)

Jenis Pelembapan

Pelembaban boleh dibahagikan kepada:

  1. pelembaban luaran, di mana sistem berayun kehilangan tenaga untuk mengatasi daya geseran atau rintangan udara yang bertindak di atasnya.
  2. pelembaban dalaman, di mana sistem berayun kehilangan tenaga kerana pemanjangan dan pemampatan molekul dalam sistem.

Ayunan Paksaan

  1. Dalam satu ayunan yang mengalami pelembapan, daya luaran mesti dikenakan ke atas sistem untuk membolehkan ayunan diteruskan.
  2. Ayunan dengan bantuan daya atau daya luaran dinamakan ayunan paksaan.

Leave a Comment