Graf Sesaran-Jarak

Graf Sesaran – Jarak

  1. Graf Sesaran-Jarak menunjukkan kedudukan setiap zarah dalam gelombang yang relatif dengan jaraknya dari titik rujukan.
  2. Dalam graf Sesaran-Jarak,
    1. Jarak antara dua puncak atau palung berturut-turut adalah panjang gelombang.
    2. Sesaran maksimum zarah dari kedudukan keseimbangan (Di mana sesaran= 0) ialah amplitud.
  3. Amplitud gelombang akan meningkat apabila tenaga yang dipindah oleh gelombang meningkat dan sebaliknya.

Membanding Graf Sesaran-Masa dan Graf Sesaran-Jarak

´╝łGraf Sesaran-Masa – Graf Ayunan)
(Graf Sesaran-Jarak – Graf Gelombang)
  1. Bentuk graf Sesaran-masa dan graf Sesaran-Jarak kelihatan sama. Bagaimanapun, mereka adalah 2 jenis graf yang berbeza.
  2. Graf Sesaran-Masa menunjukkan kedudukan satu objek berayun dari masa ke masa sedangkan graf Sesaran-Jarak menunjukkan kedudukan zarah-zarah dalam gelombang pada satu ketika.
  3. Bagi graf Sesaran-Masa, jarak di antara 2 puncak/palung mewakili tempoh sedangkan bagi graf Sesaran-Jarak, ia mewakili panjang gelombang.

Videos

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment