Daya Gerak Elektrik (d.g.e.)

Electromotive Force

  1. Dalam satu litar, daya gerak elektrik (d.g.e.) ialah kerja yang dilakukan oleh suatu sumber tenaga elektrik untuk menggerakkan satu coulomb cas mengelilingi litar itu dengan lengkap.
    Ia boleh ditulis dalam persamaan,

    di mana
    E = d.g.e.
    W = kerja yang dilakukan untuk menggerak cas
    Q = cas positif
  1. Dalam litar, suatu sel ialah peranti yang membekalkan d.g.e. dengan menukarkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik
  2. Unit d.g.e. ialah  JC-1 atau V (Volt)
  3. Daya gerak elektrik yang bernilai 1 Volt bermaksud 1 Joule tenaga elektrik dibekalkan kepada litar untuk menggerakkan 1 Coulomb cas melalui seluruh litar.

Leave a Comment