Contoh 1:
Satu sel tertentu mempunyai rintangan dalam 0.5Ω dan beza keupayaan merentasi sel itu adalah 4V apabila arus 2A mengalir melaluinya. Cari d.g.e. sel itu.
Jawapan:
r = 0.5Ω
V = 4V
I = 2A
E = ?
E=V+Ir
E=(4)+(2)(0.5)
E=5V
Contoh 2:
Satu sel yang mempunyai d.g.e. 3V dan rintangan dalam 1Ω disambungkan ke satu perintang 5Ω. Diberi bahawa satu voltmeter disambungkan melintasi perintang seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Cari bacaan voltmeter.
Jawapan:
E = 3V
r = 1Ω
R = 5Ω
V = ?
E=I(R+r)
(3)=I(5+1)
I= 3/6 =0.5A
V=IR
V=(0.5)(5)=2.5V