Rajah 3 menunjukkan graf keaktifan-masa bagi radioisotop Kalium-42. Radioisotop ini memancarkan zarah beta dan digunakan sebagai penyurih untuk mengukur kandungan garam dalam badan manusia.
Nyatakan satu ciri-ciri zarah beta. [1 markah]
Bercas negatif
Berdasarkan Rajah 3, tentukan separuh hayat kalium-42. Tunjukkan kepada graf bagaimana anda menentukan separuh hayat bagi kalium-42.
12 jam
Berdasarkan separuh-hayat itu, nyatakan mengapa Kalium-42 sesuai digunakan sebagai penyurih.
Kalium-42 mempunyai setengah hayat yang pendek, maka dedahan yang berlebihan tidak berlaku.
Hitung masa yang diambil bagi radioisotop Kalium-42 berkurang menjadi \(\frac{1}{8}\) daripada keaktifan asalnya. [2 markah]
\(1 \underset{ T _{\frac{1}{2}}}{\longrightarrow} \frac{1}{2} \underset{ T _{\frac{1}{2}}}{\longrightarrow} \frac{1}{4} \underset{ T _{\frac{1}{2}}}{\longrightarrow} \frac{1}{8}\) Masa yang diambil untuk aktiviti kaliun-42 menjadi \(\frac{1}{8}\) daripada aktiviti asalnya. \[ \begin{aligned} &=3 T _{\frac{1}{2}} \\ &=3 \times 12 \text { jam } \\ &=36 \text {jam } \end{aligned} \]