Rajah 2 menunjukkan orbit planet Uranus.
Huraikan perubahan laju linear planet Uranus apabila Uranus bergerak dari titik A ke titik B.
Jawapan:
Hukum Kepler Kedua menyatakan bahawa satu garis yang menyambungkan planet dengan Matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit.
Hal ini bermaksud, semakin kecil jarak sebuah planet dari Matahari, semakin besar halajunya. Dari A ke B, laju planet Uranus bertambah sehingga suatu nilai maksimum dan kemudian berkurang semula.
Rajah 3 menunjukkan Bumi, Bulan dan sebuah satelit.
(a) Pasangan jasad yang manakah mengalami daya graviti yang paling kecil? Beri sebab untuk jawapan anda.
(b) Hitungkan daya graviti antara Bumi dengan satelit itu.
[Jisim Bumi = 5.97 × 1024 kg, jisim satelit = 1.2 × 103 kg, jarak di antara pusat Bumi dengan pusat satelit = 7.87 × 106 m]
Jawapan:
(a)
Pasangan satelit dan Bulan
Hasil darab jisim-jisim pasangan ini paling kecil. Jarak pemisahan di antara pasangan ini paling besar.
(b)
$$
\begin{aligned}
F & =\frac{G M m}{r^2} \\
& =\frac{\left(6.67 \times 10^{-11}\right) \times\left(5.97 \times 10^{24}\right) \times\left(1.2 \times 10^3\right)}{\left(7.87 \times 10^6\right)^2} \\
& =7.71 \times 10^3 \mathrm{~N}
\end{aligned}
$$